Nalla Jangan Jadi Macam...

Ditulis oleh adihamka | 6:31 AM | , | 0 komen pengunjung »

'Kejutan' terbaru kempen di Permatang Pauh ialah apabila Datuk Nallakaruppan mendedahkan bahawa beliau mempunyai bukan satu, tetapi lima video yang didakwa boleh menjejaskan kareer politik Anwar.

Kata Nalla:

"(Saya) ada lima pita rakaman di luar negara... kalau saya mati hari ini (kerana telah menerima ugutan dibunuh) ia akan terbang (ke Malaysia)."


Tetapi dilaporkan Malaysiakini bahawa Nalla tidak mahu mendedahkan isi kandungan video tersebut.

He claimed to have in possession of five tapes about Anwar, which ke keeps for safekeeping overseas, but he refused to elaborate on the content when asked by reporters later.


Wah! Ini sudah menarik. Pada saya, yang benar perlu ditegakkan dan didedah segera, yang batil perlu disanggah. Ini semangat Jebat.

Justeru, jika benar Nalla berpegang kepada kebenaran dan keadilan, beliau tidak perlu tunggu untuk jasadnya dikebumikan dahulu baru beliau akan membawa video tersebut pulang ke tanah air.

Bawa pulang sekarang,dedahkan kepada rakyat. Belajar untuk berani. Pendedahan anda akan menyelamatkan Malaysia,jika benar sebagaimana didakwa.

Tapi sebelum dedahkan, saya fikir Nalla perlu terlebih dahulu menyanggah apa yang didedahkan pemandu beliau mengenai apa yang terjadi pada 1998 dahulu sebagaimana didedah RPK. Makna kata, sebelum cantas daun, baik cantas akar. Kalau akar tak wujud, mustahil daun ada!

Jangan jadi macam seorang hamba Allah tu.Sepuluh tahun rakyat ditipu kononnya dia memegang '6 kotak' rahsia pimpinan partinya sekarang. Mungkin terlalu penat diacah, akhirnya dia kata Anwar yang pegang 6 kotak tu!

Kata Mamu Pi'e dalam Anak Mami,"apa punya tur!"

Isu UiTM: Jangan Cepat Melatah

Ditulis oleh adihamka | 8:59 PM | 0 komen pengunjung »

Secara peribadi, saya tidak nampak apa-apa yang menggugat di sebalik kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim mengenai kuota pelajar bukan Bumiputera sebanyak 10%. Saya bekas mahasiswa UiTM, tetapi saya tidak canggung sekelumitpun.

Apa yang disebut Tan Sri Khalid hanyalah sekadar satu cadangan, berasaskan kepada soalan media susulan daripada apa yang diutarakan oleh Exco Pengajian Tinggi Selangor, YB Dr. Halimah Ali sebelum itu.

Cadangan itu tidak semestinya diterima bulat-bulat. Nama pun cadangan. Malah Tan Sri Khalid sendiri bukan Anggota Senat UiTM yang berkuasa mengubah polisi kemasukan mahasiswa sewenang-wenangnya.

Soal beri kuota atau tidak, terserah kepada kepimpinan UiTM dan negara. Mereka boleh memilih untuk bersandar kepada falsafah penubuhan ataupun realiti semasa mengikut kesesuaian.Kedua-duanya boleh memberi implikasi dan konotasi berbeza.

Saya lebih seronok melihat 'aksi' mahasiswa UiTM yang berarak - bahasa lebih tepat berdemonstrasi - meluahkan 'amarah' berikutan cadangan Tan Sri Khalid.

Khabarnya daripada Perlis sampai ke Sabah demo dianjurkan. Pensyarah diminta memberi pelepasan kepada siswa/i agar mereka boleh 'menjayakan program bagi mencapai matlamat program'.

Perasaan saya bercampur baur. Sedih campur gembira.

Sedih kerana mereka meletakkan nilai akademia mereka serendah-rendahnya, berdemo tanpa asas yang kukuh. Saya tidak tahu samada wujud mana-mana peruntukan undang-undang yang menghalang mana-mana manusia di atas muka bumi ini memberi cadangan.

Gembira kerana akhirnya mahasiswa UiTM keluar daripada kepompong kelesuan demokrasi. Mereka sudah mula faham erti demokrasi, dan memanfaatkan peluang untuk menikmati kebebasan berhimpun dan bersuara tanpa ada elemen kacau ganggu di bawah kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.

Secara tidak langsung mereka melanggar peruntukan di bawah AUKU dan Akta 174 yang mereka agungkan selama ini.

Bayangkan mereka berdemo membantah kerajaan negeri terdahulu, saya percaya mereka mungkin disimbah asid atau dipukul belantan.

Saya harap mahasiswa UiTM meneruskan keberanian ini di masa-masa akan datang. Jangan selektif. Saya sarankan mahasiswa UiTM turut berdemo atas isu-isu yang lebih global dan penting, termasuklah isu setinggan, penindasan ekonomi, perobohan surau dan lain-lain isu.

Saya juga mahu tahu, apa pendirian mahasiswa UiTM ke atas pindaan AUKU yang menyaksikan mahasiswa berhimpun di Parlimen Isnin lepas? Mana ribuan mahasiswa UiTM?

Mereka mahu turun berdemo mempertahankan hak, tetapi Akta yang mengekang mereka, tidak pula mereka bantah!

Jujur, sebelum saya menutup mata, saya kepingin melihat UiTM berada dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia.

Pun begitu, saya tidak tahu apakah ia boleh menjadi realiti, ataupun sekadar fantasi dengan kepompong polisi sedia ada.