Takziah daripada saya kepada keluarga Allahyarham Datuk Razali Ismail dengan pemergian Allahyarham ke rahmatullah pada minggu lepas.

Semoga rahmat Ilahi dicucuri ke atas roh Allahyarham. InsyaAllah.

Apapun pemergian Allahyarham bakal menyaksikan kekosongan kerusi parlimen Kuala Terengganu yang ditinggalkan oleh Allahyarham, akan diisi melalui Pilihanraya Kecil (PRK).

SPR telahpun mengumumkan bahawa PRK akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pemakluman oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat secara rasmi kepada SPR kelak.

Pada PRU-12 Mac 2008 lepas, kerusi Kuala Terengganu menyaksikan pertembungan tiga penjuru: Allahyarham Razali, heavyweight Pas Hj. Mohamad Sabu @ Mat Sabu, dan makcik Maimun Yusuf, calon bebas tertua dalam sejarah Pilihanraya negara.

0 komen pengunjung