Apabila sekumpulan aktivis reformasi yang menggelarkan diri mereka Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia atau Reformis nekad mahu menganjurkan demonstrasi bogel bagi membantah langkah kerajaan Selangor menaikkan kadar sewa rumah awam di negeri itu, saya tidak tahu apa yang wajar diterjemahkan.
Saya akui, bahawa harapan rakyat dan aktivis reformasi begitu tinggi kepada kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat, tetapi harapan itu biar berpada.
Manifesto perlu dilunaskan, tetapi janganlah berharap ia dilaksanakan dalam satu malam. Ada 5 tahun untuk satu lagi siri pilihanraya bakal menjelang, justeru beri ruang dan masa yang sufficient untuk ia dilaksanakan dengan sempurna.
Pada saya, untuk menawan Putrajaya, paling penting yang perlu ditanam oleh semua akar umbi,ahli dan kepimpinan parti untuk membuang mentaliti kepembangkangan yang sangat tebal. Jika mentaliti ini kekal, anggap sajalah menawan Putrajaya itu satu retorik dan lelucon.
Buang Mentaliti Kepembangkangan
Ditulis oleh adihamka | 7:31 PM | Kritik, Politik | 0 komen pengunjung »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen pengunjung
Post a Comment